Microsoft Office PowerPoint dan Advokasi
3 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 2 November 2020, seorang pengguna pusat internet telah datang ke Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang untuk menyiapkan kerja sekolah. Beliau tidak mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint dan dia perlu menggunakan perisian tersebut untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Peserta dibimbing untuk menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint dengan baik dan juga diajar cara-cara menggunakan Microsoft Office PowerPoint.
Perkongsian KDB dan Advokasi turut dilakukan bagi memastikan peserta menyedari pentingnya menjaga keselamatan diri semasa melayari internet dan tahu akan penggunaan internet secara positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: